Saturday, February 7, 2009

Krisis Israel-Lubnan 2006



Pengenalan


Pada 9 Jun hingga 9 Julai 2006 agak sepi di Timur Tengah kerana sibuk menyaksikan Piala Dunia di Jerman.

Tetapi selepas itu dunia dikejutkan dengan Krisis Israel - Lubnan bermula 12 Julai 2006. Israel telah menyerang Palestin di Genting Gaza dan kemudian menyerang seluruh Lubnan terutama di Beirut.


Alasan Serangan Israel

Israel menyerang Palestin dan Lubnan kononnya mencari 2 tenteranya yang ditawan oleh Palestin. Kemudian Hizbullah mengaku menawan seorang tentera Israel di Beirut. Nama dua tentera Israel yang memasuki kawasan Lubnan itu ialah Ehud Goldwasser and Eldad Regev.
Lantas pasukan tentera Israel menyerang Lubnan bertubi-tubi.

Perdana Menteri Israel Ehud Ol-Mert berkata serangan akan dihentikan jika Hizbullah membebaskan 2 askar Israel. Hizbullah hendaklah hentikan serangan roket dan kerajaan Lubnan melaksanakan Ketetapan Majlis Keselamatan PBB 1559 iaitu pelucutan senjata oleh Hizbullah.

Israel mendakwa Hizbullah telah melancarkan 130 roket dalam tempoh 48 jam menyebabkan dua mati dan 115 lain cedera.

Hizbullah merupakan merupakan pertubuhan Islam Syiah . Ada yang pro Syria dan pro Iran. Hizbullah mempunyai perwakilan di Parlimen Lubnan dan ada yang menjadi menteri Lubnan.
Lubnan menuntut Ladang Shaab seluas 25 km persegi yang dikuasai Israel sejak 1967. Antara 1957 - 1967 ladang ini dikuasai oleh Syria.



Serangan Israel di Lubnan

Lubnan digempur dan dikepung darat, laut dan udara. Bekalan air dan elektrik terputus sama sekali. Pangkalan tentera Lubnan di Qolelaat, Hermel, Buda, Rayak, Jiyeh , Doueir, Baflay, Zibquin dan Naqura telah diserangkan oleh pesawat tentera Israel dari 12 Julai hingga 18 Julai 2006.

Pada 15 Julai , 18 orang biasa Lubnan mati terbakar , ditembak oleh helikopter Israel . Mereka dalam perjalanan berkonvoi di stesen minyak. 18 jambatan dan jejantas musnah. Persimpangan dan lebuh raya di Beirut turut diserang. Stesen pemancar telefon mudah alih di timur Lubnan , Loji kuasa Jiyyeh, tangki bahan bakar di Lapangan Terbang Rafiq Hariri di Beirut. Kerugian lebih 25 juta AS.

Pejabat Hizbullah di Haret Hreik, Beirut turut diserang hebat. Depo minyak terbakar. Israel turut menyekat lebuh raya utama dari Beirut ke Damsyik, Syria agar senjata tidak dikirimkan kepada Hizbullah. Pelancar roket Katyusha dan Raad dikatakan dibekalkan oleh Syria dan Iran. Sedang pembekal senjata kepada Israel iaitu Amerika tidak dipedulikan.



Hizbullah membalas serangan

Roket pejuang Hizbullah menembak utara Israel sehingga ke Tasek Tiberias ,35 km dari sempadan.

Sayyed Hassan Nasrallah merupakan pemimpin tertinggi Hizbullah di Lubnan. Melalui televisyen Hizbullah iaitu al Manar berkata Hizbullah akan berperang jika itu yang Israel mahukan. Sayyed Hassan Nasrallah terselamat dari serangan pesawat Israel sungguhpun bangunan kediamannya musnah.

Hizbullah berjaya merosakkan kapal perang Israel yang mengepung Lubnan. 4 orang tentera Israel terbunuh.

Serangan Israel memusnahkan pejabat Hizbullah, pangsapuri Sayyed Hassan Nasrallah , Lapangan Terbang Rafiq Hariri. Menteri Dalam Negeri Israel , Roni Bar-On mahu Sayyed Hassan Nasrallah dibunuh. Setakat ini Sayyed Hassan Nasrallah terselamat dari serangan itu dan 6 hari kemudian memberikan sidang media.

Hizbulah lancarkan 350 roket Katyusha ke Israel. Kena di Tiberias di Laut Galilee. Roket Hizbullah iaitu Raket Zeizal-2 buatan Iran boleh sampai ke Beer Sheva, Israel. Roket ini boleh membawa bahan ledakan 600 kg.

Peluru berpandu Shihab-3 buatan Iran pernah dipamerkan di Teheran. Roket Katyusha hanya 12-23 km jauhnya. Roket Fajar-3 dan Fajar-5 jaraknya 45-75 km.

Roket yang dilancarkan oleh Hizbullah boleh sampai ke Haifa, Israel. Hizbullah ada 13,000 roket yang jaraknya 25 km. Semua roket ini disimpan di Lembah Beka'a.

Penduduk Israel di Dafed, Nahariya dan Hatzor, Israel terpaksa berlindung di kubu bawah tanah. Rumah dan kereta musnah di Dafed.



Pemindahan

Itali segera pindahkan 410 warga Eropah secara konvoi dari Beirut ke Pelabuhan Latakia, Syria. Begitu juga dengan Perancis. Pesawat Italy C130 . Ada 25,000 rakyat Amerika Syarikat di Lubnan.



Serangan Israel di Palestin / Genting Gaza

Israel tidak puas hati dengan kerajaan Palestin kerana musuh tradisinya Hamas menang dalam pilihan raya Palestin. Hamas lebih militan dan radikal berbanding dengan Mahmud Abbas.

Lantas tentera Israel menangkap Menteri Hamas , ahli Parlimen Palestin , Menteri yang menggubal Dasar Palestin dan mengebom pejabat Perdana Menteri Palestin. Pejabat Menteri Luar Palestin dan Menteri Dalam Negeri turut musnah. Genting Gaza dikepung dengan kereta kebal.

Tentera Israel memusnahkan jambatan di Genting Gaza dengan peluru berpandu.

Geografi


Keadaan muka bumi di kawasan di Israel




Keadaan Muka bumi Israel secara kasar






Kawasan Berbukit di Israel





Peta Israel


Israel bersempadan dengan Lubnan di utara, Syria, Jordan dan Tebing Barat di timur dan Mesir serta Jalur Gaza di barat laut. Laut Mediterranean terletak di baratnya manakala Teluk Aqaba terletak di selatan.

Sejarah Israel

Akar umbi sejarah

Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripada stele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan di Canaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang 1211 SM, tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden. Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.

Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin, dan (untuk tempoh yang singkat) Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya, kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama Palestina Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi kepada tanah ini. Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantin pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Omayyad dan kemudiannya oleh orang-orang Abbasid, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.


Zionisme dan Immigrasi

Orang-orang Yahudi yang hidup dalam Diaspora telah mencuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya pada tahun 1141, Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya meninggal dunia di Baitulmauqaddis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan. Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed pada tahun 1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun 1209-1211, imigrasi atau Aliyah (עלייה) Perancis dan England ke Acre menjadi masyhur seperti pada tahun 1258 dan 1266. Pada tahun 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku pada abad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang termasyhur ini ialah Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya, Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut, dan Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang dikenali sebagai Perushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis.

Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha'ananim). Pada tahun 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.

Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.

Theodor Herzl (1860 – 1904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judenstaat (Negara Yahudi), di mana dia menyeru untuk pembentukan sebuah negara Yahudi. Pada tahun berikutnya, dia membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama.

Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.

Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron.

Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.[perlu petikan] 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi.


Penubuhan Negara

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.

Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Thursday, February 5, 2009

Nama Israel

Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, Genesis 32:28, di mana Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dimana di dalam kepercayaan kristian mush itu adalh tuhan yang sedang menyamar.

Negara bible ini yang diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite). Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Isra'il. Secara etiomologi, Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkan Isra'il adalah nama asli Nabi Ya'akub a.s. Baginda adalah putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang.

Sejarah Israel ada juga yang diseleweng tetapi secara tepatnya asal usul Bani Isra'il ini telah dikupas secara lengkap di Negara moden dinamakan Negara Israel. Cadangan-cadangan nama yang ditolak termasuk Eretz Israel, Zion, Judea dan Judea Baru. Penggunaan istilah Israeli untuk merujuk kepada seorang warganegara Israel diputuskan oleh Kerajaan Israel dalam minggu-minggu selepas kemerdekaan, dan diumumkan oleh Menteri Luar Negeri, Moshe Shertok.

Sejarah Awal Israel

Israel adalah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang. Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama (lihat juga Orang Israel.)

Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.