Saturday, February 7, 2009

Krisis Israel-Lubnan 2006



Pengenalan


Pada 9 Jun hingga 9 Julai 2006 agak sepi di Timur Tengah kerana sibuk menyaksikan Piala Dunia di Jerman.

Tetapi selepas itu dunia dikejutkan dengan Krisis Israel - Lubnan bermula 12 Julai 2006. Israel telah menyerang Palestin di Genting Gaza dan kemudian menyerang seluruh Lubnan terutama di Beirut.


Alasan Serangan Israel

Israel menyerang Palestin dan Lubnan kononnya mencari 2 tenteranya yang ditawan oleh Palestin. Kemudian Hizbullah mengaku menawan seorang tentera Israel di Beirut. Nama dua tentera Israel yang memasuki kawasan Lubnan itu ialah Ehud Goldwasser and Eldad Regev.
Lantas pasukan tentera Israel menyerang Lubnan bertubi-tubi.

Perdana Menteri Israel Ehud Ol-Mert berkata serangan akan dihentikan jika Hizbullah membebaskan 2 askar Israel. Hizbullah hendaklah hentikan serangan roket dan kerajaan Lubnan melaksanakan Ketetapan Majlis Keselamatan PBB 1559 iaitu pelucutan senjata oleh Hizbullah.

Israel mendakwa Hizbullah telah melancarkan 130 roket dalam tempoh 48 jam menyebabkan dua mati dan 115 lain cedera.

Hizbullah merupakan merupakan pertubuhan Islam Syiah . Ada yang pro Syria dan pro Iran. Hizbullah mempunyai perwakilan di Parlimen Lubnan dan ada yang menjadi menteri Lubnan.
Lubnan menuntut Ladang Shaab seluas 25 km persegi yang dikuasai Israel sejak 1967. Antara 1957 - 1967 ladang ini dikuasai oleh Syria.



Serangan Israel di Lubnan

Lubnan digempur dan dikepung darat, laut dan udara. Bekalan air dan elektrik terputus sama sekali. Pangkalan tentera Lubnan di Qolelaat, Hermel, Buda, Rayak, Jiyeh , Doueir, Baflay, Zibquin dan Naqura telah diserangkan oleh pesawat tentera Israel dari 12 Julai hingga 18 Julai 2006.

Pada 15 Julai , 18 orang biasa Lubnan mati terbakar , ditembak oleh helikopter Israel . Mereka dalam perjalanan berkonvoi di stesen minyak. 18 jambatan dan jejantas musnah. Persimpangan dan lebuh raya di Beirut turut diserang. Stesen pemancar telefon mudah alih di timur Lubnan , Loji kuasa Jiyyeh, tangki bahan bakar di Lapangan Terbang Rafiq Hariri di Beirut. Kerugian lebih 25 juta AS.

Pejabat Hizbullah di Haret Hreik, Beirut turut diserang hebat. Depo minyak terbakar. Israel turut menyekat lebuh raya utama dari Beirut ke Damsyik, Syria agar senjata tidak dikirimkan kepada Hizbullah. Pelancar roket Katyusha dan Raad dikatakan dibekalkan oleh Syria dan Iran. Sedang pembekal senjata kepada Israel iaitu Amerika tidak dipedulikan.



Hizbullah membalas serangan

Roket pejuang Hizbullah menembak utara Israel sehingga ke Tasek Tiberias ,35 km dari sempadan.

Sayyed Hassan Nasrallah merupakan pemimpin tertinggi Hizbullah di Lubnan. Melalui televisyen Hizbullah iaitu al Manar berkata Hizbullah akan berperang jika itu yang Israel mahukan. Sayyed Hassan Nasrallah terselamat dari serangan pesawat Israel sungguhpun bangunan kediamannya musnah.

Hizbullah berjaya merosakkan kapal perang Israel yang mengepung Lubnan. 4 orang tentera Israel terbunuh.

Serangan Israel memusnahkan pejabat Hizbullah, pangsapuri Sayyed Hassan Nasrallah , Lapangan Terbang Rafiq Hariri. Menteri Dalam Negeri Israel , Roni Bar-On mahu Sayyed Hassan Nasrallah dibunuh. Setakat ini Sayyed Hassan Nasrallah terselamat dari serangan itu dan 6 hari kemudian memberikan sidang media.

Hizbulah lancarkan 350 roket Katyusha ke Israel. Kena di Tiberias di Laut Galilee. Roket Hizbullah iaitu Raket Zeizal-2 buatan Iran boleh sampai ke Beer Sheva, Israel. Roket ini boleh membawa bahan ledakan 600 kg.

Peluru berpandu Shihab-3 buatan Iran pernah dipamerkan di Teheran. Roket Katyusha hanya 12-23 km jauhnya. Roket Fajar-3 dan Fajar-5 jaraknya 45-75 km.

Roket yang dilancarkan oleh Hizbullah boleh sampai ke Haifa, Israel. Hizbullah ada 13,000 roket yang jaraknya 25 km. Semua roket ini disimpan di Lembah Beka'a.

Penduduk Israel di Dafed, Nahariya dan Hatzor, Israel terpaksa berlindung di kubu bawah tanah. Rumah dan kereta musnah di Dafed.



Pemindahan

Itali segera pindahkan 410 warga Eropah secara konvoi dari Beirut ke Pelabuhan Latakia, Syria. Begitu juga dengan Perancis. Pesawat Italy C130 . Ada 25,000 rakyat Amerika Syarikat di Lubnan.



Serangan Israel di Palestin / Genting Gaza

Israel tidak puas hati dengan kerajaan Palestin kerana musuh tradisinya Hamas menang dalam pilihan raya Palestin. Hamas lebih militan dan radikal berbanding dengan Mahmud Abbas.

Lantas tentera Israel menangkap Menteri Hamas , ahli Parlimen Palestin , Menteri yang menggubal Dasar Palestin dan mengebom pejabat Perdana Menteri Palestin. Pejabat Menteri Luar Palestin dan Menteri Dalam Negeri turut musnah. Genting Gaza dikepung dengan kereta kebal.

Tentera Israel memusnahkan jambatan di Genting Gaza dengan peluru berpandu.

No comments:

Post a Comment