Showing posts with label Kenali Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Kenali Yahudi. Show all posts

Monday, February 23, 2009

Mitos Kekebalan Yahudi

Sejak penubuhannya pada 1948, kekuatan ketenteraan Israel telah diselubungi oleh suatu ‘mitos kekebalan’ yakni Israel tidak boleh dikalahkan secara ketenteraan. Anehnya mitos tersebut jarang-jarang diketengahkan di Israel, tetapi sering kali kedengaran di negara-negara kaum Muslimin.Tindakan ketenteraan Israel di dalam peperangan tahun 1948, 1956, 1967 dan 1973 melawan tentera Muslim telah dijadikan asas kepada kekuatan ketenteraan Israel. Dengan berpandukan kepada kekuatan ketenteraan Israel dan pendudukan di dalam wilayah umat Islam, sering dikatakan bahawa konflik ketenteraan dengan Israel secara langsung bukanlah suatu yang difikirkan praktikal untuk negara-negara Arab, selain daripada melakukan rancangan damai. Natijahnya adalah mengiktiraf kedudukan Israel melalui proses-proses rancangan damai.

Dalam menyelidiki kekuatan ketenteraan Israel kita mesti mengingatkan diri kita, apakah tujuan mitos ini dan kepada siapakah ianya ditujukan?

Peperangan 1948 - Penubuhan Israel
Peperangan tahun 1948 telah mengakibatkan penubuhan Israel. Pada amnya adalah sukar untuk mempercayai bagaimana kekuatan 40 juta penduduk Arab tidak boleh menyaingi kekuatan Yahudi seramai 600,000 orang. Dengan menyelidiki secara mendalam, pihak yang memperjuangkan Palestin sebenarnya menunjukkan bahawa tindakan mereka telah memudahkan lagi penubuhan negara Israel.

Pihak yang kononnya memperjuangkan Palestin adalah Raja Abdullah dari Transjordan, Raja Farook dari Mesir dan Mufti Palestin, dan semua mereka adalah pemerintah yang lemah, pengkhianat dan sering bekerjasama dengan (baca: dipergunakan oleh) British. Raja Abdullah yang memperlihatkan dirinya sebagai pejuang Palestin boleh dianggap sebagai seorang pelakon yang hebat. Telah diketahui bahawa beliau dan juga Ben Gurion (Perdana Menteri Israel yang pertama) merupakan pelajar di Istanbul dan dalam satu pertemuan sulit, Abdullah telah bersetuju dengan penubuhan Israel dengan diberikan kawasan Palestin yang diduduki oleh orang Arab menjadi sebahagian dari Jordan.

Raja Abdullah mempunyai Arab Legion, iaitu askar seramai 4,500 orang diketuai oleh seorang komandan dari British iaitu General John Glubb. Glubb di dalam memoirnya telah mengatakan bahawa dia diperintahkan oleh kerajaan Britain untuk tidak masuk ke dalam kawasan-kawasan yang dikuasai oleh kaum Yahudi. Mesir kemudiannya melemahkan serangan ke atas Israel, apabila Nakrashi Pasha, Perdana Menteri Mesir tidak menggunakan tentera terlatih yang sebenarnya, tetapi hanya menghantarkan kumpulan tentera sukarelawan yang ditubuhkan pada bulan Januari sebelumnya. Jordan juga melengah-lengahkan laluan tentera Irak menuju Palestin, lalu membantutkan serangan ke atas Israel. Sebab itulah seorang Imam yang buta telah mengaibkan Raja Abdullah dengan menyeru kepada tentera Jordan sebelum peperangan tersebut dengan berkata: Wahai tentera, “alangkah baiknya sekiranya kamu adalah milik kita” iaitu merujuk kepada Arab Legion yang dimiliki oleh British.

Walaupun gabungan tentera umat Islam adalah 40,000, hanya seramai 10,000 adalah tentera terlatih. Zionis Yahudi terdiri daripada 30,000 orang bersenjata, 10,000 sebagai barisan pertahanan dan seramai 25,000 sebagai barisan simpanan.

Juga, terdapat seramai 3,000 kumpulan bersenjata pengganas Irgun and Stern Gang yang terlatih. Mereka dilengkapi dengan senjata lengkap dan dibiayai oleh pertubuhan Zionis di Amerika dan Britain. Dengan persediaan kaum Yahudi, dibantu dengan pengkhianatan oleh pemimpin Arab pada masa itu telah memudahkan penubuhan negara Israel di Palestin.


Krisis Terusan Suez pada 1956

Peperangan tersebut bukanlah peperangan yang bertujuan untuk membebaskan Palestin tetapi pertelingkahan di antara Britain dan Amerika untuk menguasai Terusan Suez. Amerika Syarikat (AS) melihat bahawa Mesir mesti menjadi sekutu kuatnya jika dia (AS) ingin mahu mempunyai pengaruh di Timur Tengah. Melalui CIA, AS telah berjaya menggulingkan Raja Farouk yang merupakan boneka British di dalam suatu rampasan kuasa dalam tahun 1952. Ini dilakukan melalui kumpulan pegawai Free Officers yang diketuai oleh Gamal Abdul-Nasser. Projek CIA tersebut dikenali sebagai "The Search for a Moslem Billy Graham" (Pencarian untuk Muslim ala Billy Graham). Mike Copeland seorang agen CIA telah menulis buku yang juga hasil pengalamannya yang bertajuk ‘The Game Player', mengenai rampasan kuasa CIA yang menggulingkan Raja Farouk. Copeland yang mengaktifkan projek tersebut menerangkan bahawa ‘CIA memerlukan pemimpin yang berkarisma yang boleh mengalihkan sentimen anti-Amerika yang memuncak di kawasan tersebut’. Dia menjelaskan bahawa CIA dan Nasser mempunyai kata sepakat berkenaan Israel. Untuk Nasser, perang dengan Israel adalah tidak relevan. Yang paling penting adalah pendudukan British di Terusan Suez. Musuh Nasser adalah Britain.

Pada tahun 1956, Nasser melakukan nasionalisasi (pemilikan negara) Terusan Suez, bersesuaian dengan agenda Amerika. Tindak balas Britain adalah menyeret Perancis dan Israel ke dalam kancah tersebut. Ini disebut oleh ahli sejarah iaitu Corelli Barnett, yang menulis tentang krisis Terusan Suez di dalam bukunya, ‘Keruntuhan kekuasaan British’: “Perancis memusuhi Nasser sebab Mesir menolong pejuang pemisah Algeria dan mempunyai hubungan sejarah terhadap Terusan tersebut. Juga, kerana pembinaannya melibatkan seorang warga Perancis. Israel mempunyai permusuhan terhadap Nasser disebabkan oleh serangan pejuang komando Palestin dan sekatan Mesir terhadap Selat Tiran. Jadi Perdana Menteri British, Sir Anthony Eden melakukan pakatan tiga negara disertai oleh Perancis dan Israel. Beliau kemudiannya menerangkan bahawa Israel akan menceroboh Mesir merentasi Semenanjung Sinai. Britain dan Perancis akan campur tangan untuk menghentikan perang semata-mata untuk melindungi Terusan Suez”.

AS dan Soviet Union (USSR) memberikan tekanan diplomasi untuk membuatkan Britain mengundurkan diri dari peperangan tersebut. Russia memberikan amaran kepada Paris dan London dengan serangan nuklear. Tekanan antarabangsa yang kuat menjadikan Britain dan Perancis mengundurkan diri mereka dan menjadikan mereka hilang pengaruh di Mesir. AS di bawah pentadbiran Eisenhower mengugut Israel dengan tekanan ekonomi sekiranya mereka tidak mengundurkan tentera mereka daripada wilayah yang ditawan daripada Mesir, iaitu sesuatu yang memberikan kesan buruk kepada Israel. Selepas krisis tersebut selesai, AS menjadi pengaruh yang paling kuat di Timur Tengah.

Perang Enam Hari 1967

Perang ini adalah satu lagi episod konflik Britain-Amerika untuk menguasai kawasan Timur Tengah. Britain telah diambil alih daripada menjadi kuasa tunggal di kawasan tersebut di negara-negara seperti Jordan, Syria and Israel. Untuk melemahkan Nasser, Britain mengumpan Israel untuk memerangi Mesir, di mana Israel menguasai wilayah-wilayah dan menggunakannya sebagai tebusan untuk mana-mana rundingan damai, suatu yang menjamin kedudukan Israel agar lebih selamat. Pada 5 Jun 1967, Israel melancarkan perang secara tiba-tiba dan memusnahkan 60% daripada angkatan darat Mesir dan 66% daripada kapal terbang pejuang Syria dan Jordan.

Tentera Israel menguasai Tebing Barat dan Jerusalem Timur daripada kekuasaan Raja Hussein. Raja Hussein sebelum perang, telah meletakkan tenteranya di tempat yang berbeza daripada tempat berlakunya perang sebenar. Dalam masa 48 jam, Israel telah menguasai bandar-bandar utama di Tebing Barat. Dengan cara yang sama, Israel menguasai Tanah Tinggi Golan yang mempunyai kedudukan yang strategik pada hari ke-enam peperangan. Tentera Syria yang menguasai Tanah Tinggi Golan mendengar berita tentang penguasaan tentera Israel ke atas Tanah Tinggi Golan daripada siaran radio negara sendiri, walaupun tentera Syria sedang menguasai Tanah Tinggi pada masa tersebut. Israel juga telah mengejutkan boneka Amerika iaitu Nasser dengan menguasai Sharm al-Sheikh dan Selat Tiran. Tujuan untuk melemahkan rejim Nasser telah dicapai, dan membantu rancangan British di kawasan tersebut. Israel telah berjaya dalam merampas banyak wilayah dan boleh menggunakannya sebagai tebusan di dalam rundingan damai, di mana sampai sekarang juga digunakan sebagai bahan rundingan damai berbanding dengan keadaan pada tahun 1948. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah merangkan pelan UN Partition Plan (Pelan Pembahagian UN) pada tahun 1947, yang memberikan 57% wilayah kepada Israel, dan 42% kepada Palestin. Selepas perang pada tahun 1967, Israel telah menambahkan wilayah penguasaannya kepada 78% daripada wilayah Palestin yang lama.

Perang tahun 1973

Perang 1973 dilancarkan oleh Mesir dan Syria terhadap Israel memperlihatkan tujuan yang terhad dan sama sekali tidak bertujuan untuk membebaskan Palestin. Ianya tidak bertujuan untuk membebaskan Tanah Tinggi Golan yang mana digunakan untuk perjanjian damai di antara Syria dan Israel. Ianya bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Anwar Sadat dan Hafez al-Assad yang merupakan pemimpin baru di negara yang mudah berlakunya rampasan kuasa. Kedudukan Sadat adalah lebih merbahaya disebabkan beliau menggantikan Nasser yang merupakan pemimpin yang berkarisma.

Mohammed Heikal yang merupakan penyunting untuk suratkhabar Al-Ahram daripada tahun 1957 – 1974, yang menyaksikan perang tersebut, telah menulis suatu buku yang bertajuk ‘The Road to Ramadhan' yang mendedahkan motif utama Anwar Sadat di dalam perang tersebut. Heikal merujuk kepada salah satu General di dalam ketenteraan Sadat, iaitu Mohammed Fouwzi, yang memberikan kiasan tentang seorang pahlawan samurai yang menghunus dua jenis pedang iaitu pedang panjang dan pedang pendek. Fouwzi mengatakan bahawa perang ini adalah jenis pedang pendek, iaitu ianya mempunyai motif yang terhad dan tertentu.

Anwar Sadat tidak mempunyai rancangan untuk melancarkan perang untuk pembebasan Palestin dengan menentang Israel. Itulah sebabnya beliau meminta perjanjian damai dengan Israel walaupun beliau mempunyai kedudukan untuk mengalahkan Israel di dalam perang tersebut. Dalam masa 24 jam pertama, Mesir melancarkan serangan kilat menjangkaui tembok Bar Lev yang merentasi kawasan di sebelah timur sepanjang Terusan Suez dengan melibatkan angka korban seramai 68 orang perajurit. Pada masa yang sama 2 pasukan ketenteraan Syria dan 500 kereta kebal masuk ke Tanah Tinggi Golan dan menguasai sebahagian wilayah yang hilang dalam perang tahun 1967. Dalam masa dua hari peperangan, Israel kehilangan sebanyak 49 kapal, jet pejuang dan 500 kereta kebal. Di dalam situasi ini, Sadat mengirimkan berita kepada Setiausaha Amerika Syarikat iaitu Henry Kissinger yang mana mengatakan bahawa tujuan perang ini adalah ”membawakan keamanan di Timur Tengah dan bukannya penempatan sementara”. Maklumat tersebut seterusnya mengatakan sekiranya Israel mengundurkan tenteranya daripada wilayah yang dikuasainya, Mesir akan mengambil bahagian di dalam rundingan damai di bawah kelolaan UN atau badan yang berkecuali.

Walaupun mempunyai kelebihan strategik di dalam perang tersebut, Sadat masih lagi mempunyai rancangan untuk berdamai di awal peperangan tersebut. Keengganan Sadat untuk mempergunakan kelebihannya di awal peperangan tersebut untuk melancarkan serangan kedua terhadap Sinai telah memberikan Israel ruang untuk mengatur langkah, menanti bantuan senjata daripada Amerika dan kemudian berjaya menawan semula wilayah yang hilang pada mulanya. Permusuhan secara rasminya telah berakhir pada 25 Oktober 1974.

Kesemua peperangan tersebut telah menyaksikan bagaimana para pemimpin umat Islam tidak serius untuk berperang menentang Israel bagi membebaskan Palestin. Semua fakta tersebut telah menggambarkan keadaan sebenarnya di sebalik mitos kekebalan Israel yang mana umat Islam mempercayainya selama ini. Sesungguhnya pengkhianatan yang nyata telah dilakukan oleh para pemimpin yang tidak ikhlas yang bekerjasama dengan musuh, lalu menjelmakan mitos bahawa Israel itu kebal, di samping selalu mengungkit dan selalu menyebut-nyebut mitos tersebut. Perang yang mana dunia Arab menentang Israel, menunjukkan bahawa negara Muslim sama ada bersendirian atau bergabung tidak pernah berperang dengan bertujuan untuk membinasakan Israel. Setiap perang yang dilancarkan mereka terhadap Israel mempunyai pengkhianatan dan objektif yang tertentu, dan tidak satu pun di antaranya bertujuan untuk membebaskan Palestin dan melenyapkan Israel. Untuk ‘memberi ugutan’ terhadap Israel pun bukanlah objektif perang tersebut sama sekali, walaupun hakikatnya tentera-tentera Arab mampu melakukan lebih dari itu.

Saturday, February 21, 2009

Statistik Yahudi di Seluruh Dunia









Di mana orang-orang Yahudi di luar Israel yang jumlahnya paling banyak? Dan bagaimana kesannya? Selama ini banyak yang tidak memiliki data dan mengetahui peta demografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia.

Dan nampaknya jumlah keberadaan orang-orang Yahudi itu, jumlah mereka, sebanding lurus dengan pengaruh mereka didalam pelbagai bidang kehidupan.

Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada tingkat aktivitisetiap negara, yang berkaitan dengann politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan-keamanan, budaya dan ilmu pengetahuan, teknologi-informasi, dan bahkan bidang pertanian.

Semakin banyak jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek aktiviti pemerintahan di sebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum. Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi cukup banyak, maka negara itu, sudah betul-betul berada dalam ‘genggaman’ golongan Yahudi.

Mereka membangun jaringan yang sangat kuat berdasarkan hubungan darah (ras), ideologi (agama), dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan 'tuhan'.

Inilah gambaran peta dimografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia, setidaknya data ini, memuatkan sepuluh negara, yang paling banyak penduduknya orang Yahudi :

Tentu, yang pertama Israel, yang jumlah penduduknya 5.313.800 (40% dari total populasi Yahudi dunia). Di luar Israel, sepuluh negara yang jumlah Yahudinya paling banyak adalah : Amerika jumlah Yahudi 5.275.000 jiwa (40% dari total populasi dunia), Perancis jumlah Yahudi 491.000 jiwa (3.8% dari total populasi Yahudi dunia), Canada jumlah Yahudi 373.000 jiwa (2.9% dari total populasi Yahudi dunia), Britain jumlah Yahudi 297.000 jiwa (2.3% dari total populasi Yahudi dunia), Rusia 228.000 jiwa (1.7% dari total populasi Yahudi dunia), Argentina jumlah Yahudi 184.000 jiwa (1.4% dari total populasi Yahudi dunia), Jerman jumlah Yahudi 118.000 jiwa (0,9% dari total populasi Yahudi dunia), Australia jumlah Yahudi 103 jiwa (0,8% dari total populasi Yahudi dunia), dan Brazil jumlah Yahudi 96.000 jiwa (0,7% dari total populasi Yahudi dunia).


Dari data ini golongan Yahudi yang paling banyak diluar Israel, yaitu di Amerika yang jumlahnya mencapai 5.275.000 jiwa (40% dari total populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara ‘super power’, yang mempunyai pengaruh secara global, baik dibidang ekonomi, perdagangan, petahanan-keamanan, dan berdampak sangat luas.

Di Amerika yang sangat terkenal adanya ‘lobby’ Yahudi, yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC, yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika. Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang banyak, dan sudah masuk dalam seluruh lembaga publik yang ada di Amerika, maka melihat kondisi seperti ini, betapa Amerika sekarang ini, para pemimpin Israel sudah mengganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Dan, Israel dengan mudah mendiktekan tindakannya terhadap negara dan pemerintah Amerika.

Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu ‘Trioka’, PerancisBritaindan Jerman, terdapat populasi Yahudi yang besar (lihat jumlah daftar Yahudi). Disamping Rusia yang sejak zamannya Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia. Bahkan, sebagian pemimpin politik dan ideolog Partai Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lainnya. Bahkan, sekarang orang terkaya kedua di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab bolasepak Chelsea, tak lain, adalah Yahudi.

Semua negara Barat, yang tergabung dalam kelompok G.8 (Kelompok Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang banyak, dan umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting. Namun, semuanya yang menjadi ‘episentrum’ (pusatnya) adalah di Tel Aviv. Sedangkan, negara-negara lainnya, seperti Amerika, Perancis, Canada, Inggris, Rusia, dan Jerman, mereka hanya menjadi ‘proxi’ (tangan) Israel.

Lihat dalam kasus konflik di Timur Tengah, sejak hadhirnya Israel di tahun 1948, sampai perang 1956, 1967, 1973, agresi Israel di Lebanon 1982, perang di Lebanon Lebanon Selatan 2006, dan terakhir agresi Isrrael ke Gaza, semua menggunakan ‘proxy’, negara yang sudah dibawah bayang-bayang Israel. Sampai bila keadaan ini dapat berubah? Terutama terhadap penjajahan rakyat Palestin? (m/jp)

sumber

Mitos Israel

Israel adalah sebuah entiti ‘haram’ yang mengamalkan ideologi pengembangan atau penjajahan (expansionist). Ia tidak pernah mengisytiharkan sempadan daerahnya dan berkeras untuk tidak melakukannya. Oleh yang demikian, penduduk Palestinlah yang akan menjadi mangsa kerana tidak ada seincipun tanah milik mereka yang selamat daripada diambil alih oleh Israel.

Untuk menyembunyikan kesalahan dan jenayah yang dilakukan, mereka mencipta banyak ‘fakta’ palsu, mengubah fakta sejarah tertubuhnya negara Israel dan ‘fakta-fakta’ ini disebarluaskan di dalam buku-buku teks sekolah dan pelbagai saluran lain. Banyak mitos telah timbul akibat usaha ini dan ianya diguna secara meluas oleh mereka yang simpati dengan Israel sebagai alasan untuk meng’halal’kan tindakan Israel. 

mitos 1:
Palestin adalah tanah tak berpenghuni sebelum 1948


“Satu kawasan tak berpenghuni untuk mereka yang tiada tempat menghuni” – Israel Zangwill
Kalimat tersebut menjadi kata-kata keramat bagi meyakinkan orang-orang yahudi supaya berpindah ke penempatan Zionist di Palestin. Sehinggalah tahun 1904 apabila Zangwill menyedari tentang kesilapannya. Di dalam ucapannya di New York, beliau menyatakan:

” Terdapat.. satu permasalahan besar yang tidak berani disentuh oleh Zionist.. bumi Palestin telahpun mempunyai penghuni. Bandar Jurusalem mempunyai dua kali ganda kepadatan penduduk berbanding Amerika Syarikat, dengan 52 penduduk bagi setiap batu persegi, dan orang Yahudi tidak lebih daripada 25 peratus.” - Israel Zangwill

mitos 2:
Zionist punya hak dari segi sejarah/agama terhadap bumi suci (Holy Land)


Fakta:
Yahudi Ortodoks percaya bahawa ajaran Taurat hanya membenarkan kepulangan ke bumi Palestin melalui bantuan langit (ketetapan Tuhan). Usaha manusia untuk menubuhkan kembali negara Israel adalah dikira bertentangan dengan ajaran agama (haretic) dan ramai rabbi yahudi ortodoks mengutuk Theodore Herzl dan Zionisme secara terbuka.

mitos 3:
Zionisme dan Judaisma (Agama Yahudi) adalah sama


Fakta:
Theodore Herzl (pengasas Zionisme) bukanlah orang yang beragama, dan Zionisme merupakan doktrin nationalis yang terpisah sepenuhnya daripada agama. Sebahagian petikan daripada dairinya termasuk yang berikut:

‘.. Aku tidak mengikut kehendak agama..’ (Theodor Herzl: Dairies, Victor Gollanz, 1958)
‘.. Aku tak beragama (agnostic)..’ (p54 Theodor Herzl Dairies, passim)
‘.. Bagi aku, persoalan yahudi bukanlah persoalan sosial maupun agama.. ia adalah persoalan kebangsaan.. Palestin adalah bumi bersejarah kita yang tak dapat kita lupakan.. namanya sahaja cukup berkesan sebagai mewakili suara orang-orang kita.’

[Herzl, L'Etat Juif, p.209]

mitos 4:
Israel mendakwa dalam tahun 1948, penduduk palestin meninggalkan kediaman mereka secara sukarela dan pemimpin Arab menyeru penduduk berbuat demikian melalui siaran radio.

fakta:
Wartawan daripada Ireland menyiasat dakwaan ini dan mendapati ianya tidak berasas sama sekali. Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan stesyen radio Zionist membuat siaran di dalam bahasa Arab menyuruh penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka. [The Spectator, 12 Mei 1961]

Pengganas Zionist bertanggungjawab keatas pembunuhan beramai-ramai dan kekacauan yang menakutkan penduduk sehingga ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin pada 9 dan 10 April 1948 telah dirakamkan dengan terperinci. Berita pembunuhan ini disebarkan secara meluas untuk menakut-nakutkan penduduk yang masih belum meniggalkan kediaman. Strategi Zionis berjaya dan ribuan penduduk Palestin mula meninggalkan kediaman dan harta benda mereka - dan tidak pulang-pulang sehingga sekarang.

mitos 5:
Israel dijajah oleh orang Palestin


fakta:
Penggunaan terminologi ‘teroris’ dan ‘militan’ secara sengaja digunakan untuk merujuk kepada pihak Palestin dan ‘autoriti’ dan ‘askar’ digunakan untuk merujuk kepada pihak Israel telah berjaya mengelirukan ramai orang di dunia tentang hakikat konflik yang sebenar.

Satu kajian pada tahun 2004 oleh Universiti Glasgow mendapati ramai orang British mempercayai, berdasarkan laporan berita, bahawa orang Palestinlah yang menduduki Israel. Dalam tahun 2006, sebuah akhbar melaporkan bahawa Israel diduduki oleh orang Palestin, menunjukkan betapa ceteknya kesedaran umum tentang isu.

Adalah jelas Israel menduduki tanah Palestin. Resolusi Majlis Keselamatan PBB 446, 465 dan 484, antara lain, menetapkan Tebing Barat, Jurusalem Timur dan Gaza sebagai tanah jajahan dan peruntukan di bawah Konvensyen Geneva ke-empat bagi tanah jajahan adalah terpakai. Tambahan lagi, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) semasa membuat keputusan berkaitan pagar pemisah, menetapkan bahawa Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jurusalem Timur adalah sebuah tanah jajahan.

Mitos 6:
Arab memulakan perang 1967


fakta:
“Konsentrasi tentera Mesir di perbatasan Sinai bukanlah bukti Nasser [Perdana Menteri Mesir] benar-benar akan menyerang kita. Kita mestilah berlaku jujur sesama kita. Kita membuat keputusan untuk menyerang dia.” - Menachem Begin, Perdana Menteri Israel, Jun 1967

“Kita menghantar traktor pembajak ke kawasan yang tidak ada apa-apa di zon bukan militer (demilitarised area), dan kita sedar Syiria akan mula menyerang, sekiranya mereka tidak menyerang, kita akan arahkan traktor untuk terus maju, sehinggalah mereka rasa tergugat dan mula menembak. Kemudian kita akan menyerang balas menggunakan artileri dan juga tentera udara, dan itulah yang sebenarnya.”
- Moshe Dayan, Menteri Pertahanan semasa Perang 1967
- The New York Times, 11 Mei 1997

mitos 7:
Kritikan terhadap Israel/Zionist adalah anti-Semitik


Fakta:
Anti-Zionisme sering kali disamakan dengan anti-Semitik oleh penyokong Israel yang ingin menutup mulut pengkritik Israel, walau bagaimana benar sekalipun. Sesiapa sahaja yang mengkritik tindakan Israel dan mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia akan dilabel dan dituduh sebagai anti-Semitik.

Hakikatnya, anti-zionisme adalah penentangan terhadap Zionisme sebagai gerakan politik antarabangsa yang ingin menubuhkan negara Yahudi secara eksklusif di bumi Palestin. Sifat negara tersebut adalah diskriminasi dan perkauman terhadap semua yang bukan berbangsa Yahudi, terutamanya kepada penduduk asal Palestin. Ramai para anti-Zionist menyokong kewujudan satu negara yang didiami oleh semua orang di sana, baik dari Israel atau Palestin tanpa diskriminasi.

Definisi anti-Semitik mengikut New Oxford Dictionary of English sebagai;

Semite: mereka yang bercakap bahasa Semitik, termasuk bangsa Yahudi dan Arab

Berasal daripada Latin moden, Semita melalui Latin yang asal daripada Greek Shem, anak nabi Nuh (as) di dalam Bible, dimana mereka ini dipercayai keturunannya.

Semitik: 1. berkaitan dengan atau merujuk kepada serumpun bahasa yang termasuk di dalamnya Hebrew, Bahasa Arab, dan Aramaic dan sebahagian bahasa kuno seperti Phonecian dan Akkadian, yang termasuk sebahagian daripada daripada rumpun Afro-Asiatic.

Semitik: 2. berkaitan dengan atau merujuk kepada orang yang menggunakan bahasa berikut; terutamanya Hebrew dan Bahasa Arab.

Adalah jelas bahawa Anti-Zionist dan anti-Semitik adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Anti-Semitik adalah sesuatu yang terkutuk tanpa pengecualian, namun anti-Zionist adalah satu posisi yang dibolehkan.

Sejarah Agama Yahudi - Siri 2

BAHASA IBRIAH

19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan’an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara keagamaan sahaja. 


PENGASINGAN BANGSA YAHUDI 

20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :- 

i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala.
ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan. 

21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal. 

22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain. 

23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi. 

BANI ISRAEL DI MESIR 

24. Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan. 

25. Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga. 

26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir. 

27. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :- 

i. keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi di zaman Haxsos
iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir. 

28. Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s. 

BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR 

29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. 

30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba. 

31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut. 

32. Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut . 

33. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir . 

34. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s . 

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka. 

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.` 

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka . 

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka. 

37. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat . 

38. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan’an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina. 

39. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. 

40. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s. 

41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha’ Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha’ dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.

Sejarah Agama Yahudi - Siri 1

MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL

1.YAHUDI 
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah “Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa “Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan”. Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat. 

2. IBRAN 
Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan’an, Kaldan, Ibrani dan Masri.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

3.ISRAEL 
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud “kamu mengalahkan Tuhan”. Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : “selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku”. Safar pembentukan alam 32/28.

SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI 
Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.

  1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
  2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.
  3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.
  4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan’an juga telah meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan’an dikenali dengan nama Bumi Kan’an .
  5. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan’an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan’an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.
  6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.
  7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan’an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra’ yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
  8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.
  9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.
  10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.
  11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).
  12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
  13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan’an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.
  14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
  15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.
  16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.
  17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.
  18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-

i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam’un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.

ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.

iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.

iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.

Sejarah Ringkas Zionis

Sebelum membincangkan bagaimana negara Israel ditubuhkan, artikel ini akan membincangkan tentang buku “The Jewish State” dan tindakan Herzl sebelum Kongres Pertama Zionis.

Buku “The Jewish State” dilihat sebagai sebuah buku yang membangkitkan semangat oleh bangsa Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi. Herzl secara terang-terangan mengatakan bahawa “jika bangsa Yahudi mahukan sebuah negara sendiri, ianya bukan lagi satu lagenda”. Namun, mengikut Professor Joseph Agassi, yang merupakan professor emiritus di Universiti Tel-Aviv dan Universiti York, beliau menyatakan bahawa pergerakan Zionis bukan mempunyai satu aliran atau satu “mazhab” sahaja. Terdapat Pergerakan Zionis Politik yang ditubuhkan oleh Theodor Herzl dan Max Nordau; Pergerakan Zionis Spiritual yang ditubuhkan oleh Ahad Ha’am dan Martin Buber; dan Pergerakan Zionis Praktikal, termasuk Pergerakan Zionis Sosialis, di mana ia menjadi kepunyaan semua pemimpin tertinggi Zionis.


Buku Herzl tidak terlepas daripada kritikan, namun kebanyakkan golongan intelektual Yahudi menyokong pemikiran Herzl. Maka Herzl mendapat kunjungan daripada pemimpin Yahudi yang bersimpati dengan perjuangan beliau. Di antara tetamu yang mengunjungi Herzl ialah Rev. William H. Hechler, yang merupakan ahli agama British di Vienna. Hechler begitu kagum dengan Herzl sehinggakan Hechler menjangkakan bahawa Palestin akan jatuh ke tangan bangsa Yahudi antara tahun 1897 dan 1898. Herzl merantau ke Eropah dan Timur Tengah untuk mencari sokongan pembesar-pembesar negara seperti Jerman, Rusia dan Sultan Abdul Hamid II yang memerintah kerajaan Turki Usmaniah.

Herzl amat berminat untuk berjumpa Sultan Abdul Hamid II kerana pada masa itu, Palestin di bawah pemerintahan kerajaan Turki Usmaniah. Kebetulan pada masa itu, kerajaan Turki berhutang dengan banyak dan pada tahun 1891, hutang kerajaan Turki dianggarkan berjumlah 253 juta pound sterling. Herzl mengambil kesempatan ini untuk menawarkan bantuan kewangan kepada Turki sebanyak 20 juta pound sterling. Tujuan utama Herzl adalah apabila beliau membayar sejumlah wang yang banyak, tentunya kerajaan Turki akan berhutang budi kepadanya. Herzl akan mengambil kesempatan ini untuk meminta supaya Palestin diberikan kepada bangsa Yahudi. Walaupun ramai yang tidak tahu bagaimana Herzl akan membayar sebanyak 20 juta pound sterling keran tiada organisasi atau individu yang sanggup membayarnya, tetapi Herzl cukup yakin bahawa ramai jutawan Yahudi akan membantu sekiranya Sultan Abdul Hamid II menerima tawaran tersebut. Rancangan dan strategi yang rapi telah disusun oleh Herzl jika Sultan Abdul Hamid II bersetuju menerima bantuan Herzl. Persoalan sekarang ialah bagaimana Herzl ingin berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II.

Seperti yang sedia maklum, Herzl mempunyai banyak pertalian atau hubungan dengan orang-orang yang penting. Untuk perjumpaannya dengan pemerintah Turki, Herzl meluahkan niatnya untuk berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II melalui Baron Philip de Nevlinsky. Nevlinsky pernah terlibat dengan penentangan Poland terhadap pemerintahan Rusia. Selepas siri penentangan tersebut, Nevlinsky menjadi agen diplomatik bebas kepada beberapa buah negara. Semasa Nevlinsky bertugas sebagai atache media kepada kerajaan Austria di Constantinople (Istanbul pada masa sekarang) pada tahun 1874 hingga 1878, Nevlinsky berjaya menjalinkan hubungan rapat dengan pegawai atasan Turki termasuk sultan sendiri. Melihat kepada hubungan Nevlinsky dengan kerajaan Turki, Herzl dengan pantas meminta Nevlinsky supaya mengatur pertemuan beliau dengan Sultan Abdul Hamid II.

Dalam masa yang sama, Herzl mengatur langkah dengan cuba meraih simpati orang-orang yang terdekat dengan sultan agar mereka juga dapat mengaturkan pertemuannya dengan sultan. Antara orang yang Herzl berjumpa ialah Izzet Bey, setiausaha pertama sultan; Nuri Bey, setiausaha Kementerian Luar; dan Daoud Effendi, ketua penterjemahan dasar Turki di Timur Tengah, jawatan yang sangat berpengaruh pada zaman kerajaan Usmaniah. Mereka menunjukkan simpati kepada Herzl tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan semuanya bergantung kepada sultan.

Namun, tidak seperti jangkaan Herzl, Nevlinsky berjaya bertemu dan berbincang dengan sultan tetapi Sultan Abdul Hamid II enggan berjumpa dengan Herzl. Apabila Nevlinsky bertanya tentang kemungkinan untuk memberikan bangsa Yahudi hak di Palestin, Sultan Abdul Hamid II menjawab dengan tegas dan menolak segala usul Herzl. Sultan Abdul Hamid II berkata bahawa baginda tidak akan menjual walau seinci tanah Palestin kerana Palestin bukan milik sultan tetapi milik rakyatnya. Sultan meneruskan lagi dengan berkata, rakyatnya telah menang dengan darah dan membangun kembali Palestin dengan darah. Dan mereka akan mempertahankan Palestin juga dengan darah. Dengan itu, Herzl telah gagal dalam misinya kerana ketegasan pemerintah Turki mempertahankan bumi Palestin. Ketegasan pemerintah Turki pada masa itu berjaya menyelamatkan bumi Palestin daripada jatuh ke tangan Herzl dan segala perancangannya. Menyedari hakikat ini, Herzl mengatur lagi langkah untuk memujuk sultan supaya menerimanya sebagai tetamu walaupun usahanya gagal lagi. Seperti yang dinyatakan di atas, Herzl sangat berminat untuk berjumpa pemerintah Turki kerana Palestin di bawah kekuasaan Turki pada masa itu dan hanya Turki sahaja yang boleh memberi kebenaran kepada bangsa Yahudi untuk mendapatkan hak di Palestin.

Oleh itu, umat Islam juga harus mencontohi pendirian Sultan Abdul Hamid II yang tegas dan tidak tunduk pada wang semata-mata. Secara logiknya, dalam keadaan Turki yang dibebani dengan hutang yang banyak, tentunya sesiapa sahaja yang mahu membantu menyelesaikan hutang tersebut amat dialu-alukan. Tetapi walaupun dalam keadaan terdesak, pemerintah Islam tidak tunduk pada pertolongan yang boleh mengadaikan maruah dan perjuangan Islam.

Setiap Muslim harus sedar bahawa banyak tipu helah yang sengaja dianjurkan untuk menyesatkan, merugikan dan memecahkan umat Islam. Jika pegangan pada agama Islam lemah dan mudah bergoyah, ini akan memudahkan lagi serangan-serangan tersebut dilancarkan. Umat Islam harus bersatu padu tanpa mengira bangsa, ideologi politik dan pendapat. Jangan kita mudah lupa sejarah kerana apabila umat Islam lupa akan sejarah, segala perjuangan dahulu harus dibina semula dan bukan diteruskan. Perjuangan sepatutnya berterusan dan bukan roboh ditengah jalan. Oleh itu, sedarlah umat Islam dan peganglah pada al Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.. Segala tohmahan dan buruk sangka terhadap Islam insyaAllah akan terhapus jika umat Islam sendiri sedar dan bertekad untuk berjuang. Ingatlah, Allah S.W.T. sentiasa membantu hamba-Nya yang berdoa, InsyaAllah.

Ya Allah, masukkanlah hidayah dalam hati setiap umat Islam, sedarkanlah umat Islam, kuatkanlah umat Islam dan satukanlah umat Islam. Bantulah kami dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin dan berikanlah kami ilmu agar kami dapat menggunakan ilmu tersebut untuk berjuang ke jalan-Mu. Sesungguhnya segala kekuasaan, segala kebesaran dan segala pujian hanya milik-Mu, ya Allah. Amin . . 

Mengenal Siapa Yahudi



"Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Islam

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .


Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

  1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
  2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
  3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
  4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
  5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
  6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
  7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
  8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
  9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
  10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi: 
Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.
 
Penutup


Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

Saturday, February 7, 2009

Geografi


Keadaan muka bumi di kawasan di Israel




Keadaan Muka bumi Israel secara kasar






Kawasan Berbukit di Israel





Peta Israel


Israel bersempadan dengan Lubnan di utara, Syria, Jordan dan Tebing Barat di timur dan Mesir serta Jalur Gaza di barat laut. Laut Mediterranean terletak di baratnya manakala Teluk Aqaba terletak di selatan.

Sejarah Israel

Akar umbi sejarah

Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripada stele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan di Canaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang 1211 SM, tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden. Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.

Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin, dan (untuk tempoh yang singkat) Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya, kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama Palestina Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi kepada tanah ini. Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantin pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Omayyad dan kemudiannya oleh orang-orang Abbasid, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.


Zionisme dan Immigrasi

Orang-orang Yahudi yang hidup dalam Diaspora telah mencuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya pada tahun 1141, Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya meninggal dunia di Baitulmauqaddis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan. Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed pada tahun 1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun 1209-1211, imigrasi atau Aliyah (עלייה) Perancis dan England ke Acre menjadi masyhur seperti pada tahun 1258 dan 1266. Pada tahun 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku pada abad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang termasyhur ini ialah Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya, Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut, dan Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang dikenali sebagai Perushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis.

Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha'ananim). Pada tahun 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.

Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.

Theodor Herzl (1860 – 1904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judenstaat (Negara Yahudi), di mana dia menyeru untuk pembentukan sebuah negara Yahudi. Pada tahun berikutnya, dia membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama.

Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.

Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron.

Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.[perlu petikan] 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi.


Penubuhan Negara

Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.

Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Thursday, February 5, 2009

Nama Israel

Nama "Israel" berakar umbi dalam Bible Ibrani, Genesis 32:28, di mana Jacob menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dimana di dalam kepercayaan kristian mush itu adalh tuhan yang sedang menyamar.

Negara bible ini yang diasaskan oleh Jacob kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang-orang Israel" (Israelite). Di dalam al-Quran juga bangsa ini disebut Bani Isra'il. Secara etiomologi, Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkan Isra'il adalah nama asli Nabi Ya'akub a.s. Baginda adalah putera Nabi Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang.

Sejarah Israel ada juga yang diseleweng tetapi secara tepatnya asal usul Bani Isra'il ini telah dikupas secara lengkap di Negara moden dinamakan Negara Israel. Cadangan-cadangan nama yang ditolak termasuk Eretz Israel, Zion, Judea dan Judea Baru. Penggunaan istilah Israeli untuk merujuk kepada seorang warganegara Israel diputuskan oleh Kerajaan Israel dalam minggu-minggu selepas kemerdekaan, dan diumumkan oleh Menteri Luar Negeri, Moshe Shertok.

Sejarah Awal Israel

Israel adalah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pinggir tenggara Laut Mediteranean. Negara ini menyempadani Lebanon di utara, Syria serta Jordan di timur, dan Mesir di barat daya. Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang. Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak latar etnik dan agama (lihat juga Orang Israel.)

Israel yang diasaskan pada tahun 1948 di atas tanah yang pada masa itu diduduki orang Arab dan mengamalkan demokrasi berparlimen dan merupakan negara Yahudi yang tunggal di dunia. Negara ini mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustrian, dan mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005. Tempat ini ialah tempat yang tertinggi di Timur Tengah dan yang ketiga tertinggi di Asia.